search

Group 128.png

HAYQAL AGRICULTURE merupakan konsultan fertigasi yang berpengalaman di Malaysia. Selain itu, kami juga membekalkan cili, alat permasangan fertigasi, bahan binaan fertigasi dan baja kimia dan organik. Servis kami termasuk pemasangan fertigasi, rumah perlindungan hujan dan lain-lain lagi. 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, kami mempunyai pelbagai pengalaman meluas berkaitan dengan cili, durian, kelapa, pisang, tanaman kontan, buah-buahan dan lain-lain. Kini terdapat 10 pekerja mahir untuk pemasangan fertigasi dengan pengalaman 4-5 tahun.

HAYQAL AGRICULTURE menyediakan antara konsultan fertigasi yang paling pantas di Malaysia. Contohnya, ratio pemasangan 1000 polybeg sehari. Dengan penyelidikan dan pembangunan baja atau produk baru, kami memberikan cadangan yang terbaik dan formula yang efektif kepada pelanggan. Ini termasuk pemberian secara percuma manual SOP dan video terkini penjagaan pokok, jadual pembajaan, racun, supplemen tambahan daripada awal musim sehingga habis musim.

Tambahan pula, kami mempunyai stok sedia ada di kedai fertigasi kerana pembelian secara pukal daripada pemborong di dalam dan di luar negara. Oleh itu, harga baja AB dan supplemen pokok adalah mampu milik untuk semua kerana bekalan secara langsung daripada kilang. 


Vision

Membantu dan menyampaikan teknik pengairan dan pembajaan kepada 10,000 petani di seluruh malaysia menjelang 2025


Mision

  • Menawarkan khidmat konsultan cili dan fertigasi.

  • Membantu meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dengan belian semula hasil ladang. Menjadi pusat pertanian dengan konsep One Stop Centre

  • Membekal barang pertanian tanpa sempadan.



Bakul anda masih kosong.
Terus membeli-belah